Saturday, 19 November 2011

kekeliruan

hidup ini penuh dengan kekeliruan
sama ada kekeliruan itu kita sedar atau tidak
dalam setiap helaan nafas kita wujud kekeliruan
kekeliruan yang membawa kepada persoalan
kekeliruan yang menimbulkan benih pertanyaan
sama ada kita mendapat jawapan di atas kekeliruan itu 
atau
kekeliruan yang akan terus merajai benak fikiran kita
andai jawapan tidak ditemui


kita terus mundar mandir
berjalan ke kiri dan kanan
menapak dari satu langkah kecil 
yang kemudian menjadi satu langkah penuh padu
mencari titik noktah kepada setiap 
kekeliruan, persoalan dan pertanyaan


dan betapa kekeliruan itu penting 
kerana ia menjadi titik hidup kita
penting kerana kita perlu ada usaha ke arah jawapan
dan penting kerana itu yang akan membentuk hidup kita
sama ada kearah kebaikan atau terus ke lohong hitam.

No comments:

Post a Comment